Pages

Friday 25 November 2011

INSTALL SOFTWARE PATCHES


APA ITU SOFTWARE PATCHES..???


Patch boleh diistilahkan sebagai peningkatan (upgrade) iaitu penambahbaikan  yang dilakukan untuk meningkatkan ciri-ciri sesuatu sistem,memperbaiki kerosakan (bug), penambahbahan pemacu perkakasan (hardware driver) atau kemas kini sesuatu ciri baru seperti security atau masalah ketidakstabilan (staility problems).

Kebanyakkan patches disediakan secara percuma untuk dimuat turun (download) dan biasanya pembangun perisian akan memberitahu versi perisian yang akan dikemas kini. Dalam kes-kes yang tertentu hanya pengguna yang berdaftar (registered) sahaja yang dibenarkan untuk menggunakan software 'patches' ini.Pada situasi yang lain, pengguna perlu membeli versi yang terbaru dengan diberikan potongan harga.Biasanya Patch boleh diinstall di atas software yang asal yang telah di download.

Perisian dan aplikasi Patch adalah cepat dan senang digunakan untuk tujuan kemas kini dan penambahbaikan kepada keluaran versi yang terbaru. Perisian patches biasanya digunakan untuk kemas kini perisian diantara perisian yang sedia ada dengan perisian yang baru dikeluarkan .Patch adalah dalam bentuk fail EXE yang digunakan untuk menukarkan keseluruhan fail.        




KEPENTINGAN SOFTWARE PATCHES

  • Menyelesaikan masalah perisian yang gagal melaksanakan tugas tertentu.
  • Mengeluarkan virus Code Red daripada terus menyerang perisian berkenaan.
  • Untuk membolehkan pengguna terus menggunakan perisian shareware dan membolehkan  ciri-ciri tambahan yang tidak dapat digunakan dalam tempoh percubaan digunakan.
  • Membolehkan perisian yang gagal beroperasi dengan perkakasan(perisian dengan fungsi yang sama tidak sesuai dengan perkakasan) beroperasi  di dalam persekitaran sistem komputer yang digunakan oleh pengguna.


No comments:

Post a Comment